Wednesday, July 28, 2010

uPsR Mansuh?





















patutkah di mansuhkan?


Andai di mansuhkan maka tiada tahap pencapaian akhir keseluruhan untuk pembelajaran di sekolah rendah.


PkSr hanya penilaian untuk pencapaian tahunan. Jadi, adakah jelas pencapaian untuk secara menyeluruh? kerana kita tahu sukatan tahun 6 adalah pra sekolah menengah dan mungkin lebih tinggi bergantung kepada sekolah masing-masing.. saya amat tidak bersetuju jika Upsr di mansuhkan melain kan jika perperiksaan itu di jadikan tahap pengukur untuk murid-murid masuk ke sekolah berasrama dan sekolah-sekolah Sbt. Pksr di gunakan untuk menentukan kedudukan murid bagi kelas semasa di SMK-SMK yang mereka sertai, manakala Upsr di gunakan untuk menentukan kelayakan bagi murid yang ingin menyambung di sekolah-sekolah berasrama dan SBT. 

guru-guru di sekolah rendah pasti ingin melihat murid-murid mereka mendapat keputusan yang lebih baik. malangnya pada kebiasaannya fokus terhadap matapelajaran teras sahaja di jadikan kayu pengukur untuk pencapaian murid.

Di universiti-universiti pada masa sekarang dapat di lihat dengan jelas setiap matapelajaran minor juga adalah penting, jadi setiap matapelajaran yang di ambil oleh murid mesto di jadikan kayu pengukur untuk menilai dan memastikan murid-murid mengikut aliran kemahiran yang betul bersesuaian dengan kemampuan mereka.

Adakah kita sedar, murid menyalahkan guru, ibubapa kerana menghalang mereka menguasai kemahiran masing-masing?

Adakah kita sedar selama ini kita hanya berteraskan matapelajaran teras sedangkan matapelajaran lain kurang penekanan.

Sivik bertujuan melahirkan pelajar yang cintakan negara. Tetapi adakan sasaran kita tercapai? lihatlah sekeliling kita.....


HATI adalah tempat tersimpannya iman. Apabila hati bersih iman kekai di dalamnya. Iman tidak bertahan lama dan tidak hadir pada hati yang kotor. Iman hanya kekal pada hati yang bersih. Bersihkan-lah hati selalu. Cara mendapatkan hati yang bersih dan tetap hidup ialah:
  • Selalu mengingati (zikir) Allah. Dengan berzikir hati terus menerus mendapat kekuatan sehingga hati menjadi sentiasa jernih. Hati yang sentiasa berzikir dipelihara kejernihannya sehingga suara hati iaitu suara fitrah menguasai perasaan dan emosi. 
  • Hendaklah hati ini sentiasa kita gunakan bagi merenung dan mengkaji ayat atau tanda kekuasaan Allah dalam setiap perkara. Biarkanlah hati menterjemah hikmah daripada segala sesuatu di sekeliling kita. Dengan hikmah yang kita dapat, hati kita sentiasa hidup dan bebas daripada segala penyakit.
  • Berusaha memaksa diri untuk terus beribadat dengan ibadat yangterbaik kerana ibadat yang khusyuk menghasilkan kekuatan begitu besar demi keteguhan dan kebersihan hati.

No comments:

Post a Comment