Friday, July 30, 2010

things to avoid mostly

ALLAH S.W.T telah berfirman: dalam (an-Nisa : 12)
 
Dan bagimu (para suami) satu perdua dari harta yang ditinggalkan oleh isteri-isterimu, jika mereka tidak mempunyai anak. Jika isteri-isterimu itu mempunyai anak, maka kamu mendapat satu perempat dari harta yang ditinggalkannya sesudah dipenuhi wasiat yang mereka buat atau (dan) sesudah dibayar hutangnya. Para isteri memperoleh satu perempat harta yang kamu tinggalkan jika kamu tidak mempunyai anak. Jika kamu mempunyai anak, maka para isteri memperolehi satu perlapan dari harta yang kamu tinggalkan sesudah dipenuhi wasiat yang kamu buat atau (dan) sesudah dibayar hutang-hutangmu. Jika seseorang mati, baik lelaki mahupun perempuan yang tidak meninggalkan bapa dan tidak meninggalkan anak, tetapi mempunyai seorang saudara lelaki (seibu sahaja) atau seorang saudara perempuan (seibu sahaja), maka bagi masing-masing dari kedua-dua jenis saudara itu satu perenam harta. Tetapi jika saudara-saudara seibu itu lebih dari seorang, maka mereka bersekutu dalam yang satu pertiga itu, sesudah dipenuhi wasiat yang dibuat olehnya atau sesudah dibayar hutangnya dengan tidak memberi mudarat (kepada ahli waris). (Allah menetapkan yang sedemikian itu sebagai) syariat yang benar-benar dari Allah, dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Penyantun.




Sembilan perkara yang perlu di elakkan dari lelaki....

1. Elak menceritakan ada lelaki yang secara diam meminati anda, apatah lagi jika lelaki tersebut adalah bekas kekasih anda.

2. Membenci ibunya. Jikalau ada pun menyimpan perasaan kurang senang, jangan terlalu vokal meluahkannya. Meskipun sidia membuka cerita soal keburukan ibunya. Jangan cuba menokok tambah sebaliknya bertindak tenang. Jika ingin memberi komen utarakan hal-hal yang positif dan neutral sahaja.

3. Hal kecurangan yang pernah dilakukan tanpa pengetahuannya. Ini akan menjejaskan keprcayaannya terhadap anda. Jangan sesekali memanjangkan cerita kecurangannya terhadap anda. Tidak mustahil dia akan mengulanginya.

4. Semakin usia lelaki bertambah, minat dalam kehidupan seksual mungkin tidak sehebat seperti pada awal perkahwinan dan mungkin juga ada perubahan. Jangan cuba membandingkan hal itu dengan kehebatan masa lalu.

5. Elak menceritakan kecurangan sahabat anda terhadap suaminya. Dia akan berfikir anda akan bertindak sedemikian kelak dan meragui kesetiaan anda ataupun dia akan cuba mengongkong atas sebab keselamatan hubungan bersama anda.

6. Jangan membuat lelaki lemah semangat terhadap pekerjaannya. Jika suatu hari dia mengeluh tentang majikannya yang bermasalah maka sokong dan bantunya mencari jalan penyelesaian. Jangan terlalu mencampuri permasalahan tersebut. Cukup sekadar mendengar dan memberi pendapat. Lebih baik jangan bagi keputusan sebaliknya berilah dia pilihan.

7. Cerai adalah perkataan yang harus dihindariwalaupun berlaku perselisihan yang teruk. Berpisah atau bercerai adalah perkataan yang jarang dimain-mainkan oleh lelaki.

8. Elak membanding pendapatan apatah lagi jika gaji anda lebih besar. Ini akan menyinggung perasaan suami dan menjadi punca menimbulkan konflik dalam hubungan harmoni.

9. Pertemuan bersama teman membuat anda membuka hati untuk berkongsi hal-hal persenderian. Elakkan menceritakan hal itu secara teliti kerana akan menimbukan pelbagai pra sangka buruk yang tidak tepat.


No comments:

Post a Comment