Friday, July 30, 2010

things to avoid mostly

ALLAH S.W.T telah berfirman: dalam (an-Nisa : 12)
 
Dan bagimu (para suami) satu perdua dari harta yang ditinggalkan oleh isteri-isterimu, jika mereka tidak mempunyai anak. Jika isteri-isterimu itu mempunyai anak, maka kamu mendapat satu perempat dari harta yang ditinggalkannya sesudah dipenuhi wasiat yang mereka buat atau (dan) sesudah dibayar hutangnya. Para isteri memperoleh satu perempat harta yang kamu tinggalkan jika kamu tidak mempunyai anak. Jika kamu mempunyai anak, maka para isteri memperolehi satu perlapan dari harta yang kamu tinggalkan sesudah dipenuhi wasiat yang kamu buat atau (dan) sesudah dibayar hutang-hutangmu. Jika seseorang mati, baik lelaki mahupun perempuan yang tidak meninggalkan bapa dan tidak meninggalkan anak, tetapi mempunyai seorang saudara lelaki (seibu sahaja) atau seorang saudara perempuan (seibu sahaja), maka bagi masing-masing dari kedua-dua jenis saudara itu satu perenam harta. Tetapi jika saudara-saudara seibu itu lebih dari seorang, maka mereka bersekutu dalam yang satu pertiga itu, sesudah dipenuhi wasiat yang dibuat olehnya atau sesudah dibayar hutangnya dengan tidak memberi mudarat (kepada ahli waris). (Allah menetapkan yang sedemikian itu sebagai) syariat yang benar-benar dari Allah, dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Penyantun.




Sembilan perkara yang perlu di elakkan dari lelaki....

1. Elak menceritakan ada lelaki yang secara diam meminati anda, apatah lagi jika lelaki tersebut adalah bekas kekasih anda.

2. Membenci ibunya. Jikalau ada pun menyimpan perasaan kurang senang, jangan terlalu vokal meluahkannya. Meskipun sidia membuka cerita soal keburukan ibunya. Jangan cuba menokok tambah sebaliknya bertindak tenang. Jika ingin memberi komen utarakan hal-hal yang positif dan neutral sahaja.

3. Hal kecurangan yang pernah dilakukan tanpa pengetahuannya. Ini akan menjejaskan keprcayaannya terhadap anda. Jangan sesekali memanjangkan cerita kecurangannya terhadap anda. Tidak mustahil dia akan mengulanginya.

4. Semakin usia lelaki bertambah, minat dalam kehidupan seksual mungkin tidak sehebat seperti pada awal perkahwinan dan mungkin juga ada perubahan. Jangan cuba membandingkan hal itu dengan kehebatan masa lalu.

5. Elak menceritakan kecurangan sahabat anda terhadap suaminya. Dia akan berfikir anda akan bertindak sedemikian kelak dan meragui kesetiaan anda ataupun dia akan cuba mengongkong atas sebab keselamatan hubungan bersama anda.

6. Jangan membuat lelaki lemah semangat terhadap pekerjaannya. Jika suatu hari dia mengeluh tentang majikannya yang bermasalah maka sokong dan bantunya mencari jalan penyelesaian. Jangan terlalu mencampuri permasalahan tersebut. Cukup sekadar mendengar dan memberi pendapat. Lebih baik jangan bagi keputusan sebaliknya berilah dia pilihan.

7. Cerai adalah perkataan yang harus dihindariwalaupun berlaku perselisihan yang teruk. Berpisah atau bercerai adalah perkataan yang jarang dimain-mainkan oleh lelaki.

8. Elak membanding pendapatan apatah lagi jika gaji anda lebih besar. Ini akan menyinggung perasaan suami dan menjadi punca menimbulkan konflik dalam hubungan harmoni.

9. Pertemuan bersama teman membuat anda membuka hati untuk berkongsi hal-hal persenderian. Elakkan menceritakan hal itu secara teliti kerana akan menimbukan pelbagai pra sangka buruk yang tidak tepat.


Wednesday, July 28, 2010

Affiq Akmal Belajar



 

 

 

cepat-cepatlah membesar ye

uPsR Mansuh?





















patutkah di mansuhkan?


Andai di mansuhkan maka tiada tahap pencapaian akhir keseluruhan untuk pembelajaran di sekolah rendah.


PkSr hanya penilaian untuk pencapaian tahunan. Jadi, adakah jelas pencapaian untuk secara menyeluruh? kerana kita tahu sukatan tahun 6 adalah pra sekolah menengah dan mungkin lebih tinggi bergantung kepada sekolah masing-masing.. saya amat tidak bersetuju jika Upsr di mansuhkan melain kan jika perperiksaan itu di jadikan tahap pengukur untuk murid-murid masuk ke sekolah berasrama dan sekolah-sekolah Sbt. Pksr di gunakan untuk menentukan kedudukan murid bagi kelas semasa di SMK-SMK yang mereka sertai, manakala Upsr di gunakan untuk menentukan kelayakan bagi murid yang ingin menyambung di sekolah-sekolah berasrama dan SBT. 

guru-guru di sekolah rendah pasti ingin melihat murid-murid mereka mendapat keputusan yang lebih baik. malangnya pada kebiasaannya fokus terhadap matapelajaran teras sahaja di jadikan kayu pengukur untuk pencapaian murid.

Di universiti-universiti pada masa sekarang dapat di lihat dengan jelas setiap matapelajaran minor juga adalah penting, jadi setiap matapelajaran yang di ambil oleh murid mesto di jadikan kayu pengukur untuk menilai dan memastikan murid-murid mengikut aliran kemahiran yang betul bersesuaian dengan kemampuan mereka.

Adakah kita sedar, murid menyalahkan guru, ibubapa kerana menghalang mereka menguasai kemahiran masing-masing?

Adakah kita sedar selama ini kita hanya berteraskan matapelajaran teras sedangkan matapelajaran lain kurang penekanan.

Sivik bertujuan melahirkan pelajar yang cintakan negara. Tetapi adakan sasaran kita tercapai? lihatlah sekeliling kita.....


HATI adalah tempat tersimpannya iman. Apabila hati bersih iman kekai di dalamnya. Iman tidak bertahan lama dan tidak hadir pada hati yang kotor. Iman hanya kekal pada hati yang bersih. Bersihkan-lah hati selalu. Cara mendapatkan hati yang bersih dan tetap hidup ialah:
  • Selalu mengingati (zikir) Allah. Dengan berzikir hati terus menerus mendapat kekuatan sehingga hati menjadi sentiasa jernih. Hati yang sentiasa berzikir dipelihara kejernihannya sehingga suara hati iaitu suara fitrah menguasai perasaan dan emosi. 
  • Hendaklah hati ini sentiasa kita gunakan bagi merenung dan mengkaji ayat atau tanda kekuasaan Allah dalam setiap perkara. Biarkanlah hati menterjemah hikmah daripada segala sesuatu di sekeliling kita. Dengan hikmah yang kita dapat, hati kita sentiasa hidup dan bebas daripada segala penyakit.
  • Berusaha memaksa diri untuk terus beribadat dengan ibadat yangterbaik kerana ibadat yang khusyuk menghasilkan kekuatan begitu besar demi keteguhan dan kebersihan hati.

selamat menyambut Ramadhan yang mulia....

Bulan ini menjelang lagi... selalu  ku terkenangkan ibu ku yang telah pergi... walau pun telah lama berlalu tetapi kenangannya tetap dihati.... aku berjalan dengan liku-liku sendiri tetapi tabah menghadapi.... kadang-kadang melihat orang lain merasa mempunyai keluarga lengkap membuatku cemburu... tetapi dia lebih sayangkannya.... semoga mak sentiasa di cucuri rahmat dan tenang di sana.... Dari Anak Mu....


"Dan bersabarlah kamu terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya ia merupakan perkara yang memerlukan keazaman (yang kuat)" (Surah Luqman 31: 17)



"Dan Kami pasti memberikan ganjaran kepada mereka yang bersabar, dengan ganjaran yang terbaik di atas apa yang mereka lakukan" (An-Nahl 16: 96)




"Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabar bakal beroleh ganjaran mereka dengan keadaan yang tidak dapat dihitung." (Az-Zumar 39: 10)


Dialah yang memberi rahmat kepadamu dan malaikat-Nya (memohom ampun untukmu) supaya dia mengeluarkan kamu daripada kegelapan kepada cahaya yang terang. (Surah Al-Ahzab: Ayat 43



Sesungguhnya Allah menyintai orang yang berjuang pada jalan Nya (untuk membela agama) dalam satu barisan yang kukuh seolah-olah satu bangunan yang kukuh.(Surah As-Soff: Ayat 4)